Label Hijab Malaysia

Diusahakan oleh sepasang suami isteri yang merupakan ahli akademik (penyarah senibina dan guru Matematik)  dalam masa yang sama memilih bidang seni grafik sebagai hobi. Melibatkan kalangan bekas pelajar yang ingin mendalami bidang kemahiran, maka muncul Label Hijab pada 2014 dengan hanya seorang staf dan beroperasi di rumah.

Kini, Label Hijab telah mempunyai prodution house, pasukan tersendiri yang mengendalikan pemasaran, jualan, produksi, penyelidikan yang telah memasarkan produk yang hanya bernilai RM30 ke luar negara.

Produksi bertapak di Kangar Perlis dengan mesin percetakan teknologi terkini menjadi hub pantas bagi pelanggan segmen atas talian kerana faktor satu cawangan Poslaju sahaja di Perlis. Ini memungkin produk untuk diterima dalam masa kurang 24 jam. 

Oleh kerana itu, Label Hijab sentiasa menjadi pilihan butik kecil, sederhana mahupun butik ternama di Malaysia.

Semoga kami menjadi rakan perniagaan anda.